Friday, April 13, 2007

Me



to see what we want to see

Thursday, April 12, 2007

Impian



Bayangkan kalau benda ni dah ada. Kan best. Bila rasa bosan tengok pelakon yang tak hensem, tukar je orang lain.

My friends

Semalam dapat sms dari 2 orang kawan. Seorang kawan sms, dia balik dari Australia (buat phD kat sana) sebab ayah dia meninggal dunia hari Ahad.
Seorang lagi kawan sms beritahu yang dia dah sah bercerai dengan husband dia. Setelah masalah diorang tak dapat diselesaikan bersama lagi.

Bila pandang sekeliling setiap orang ada bermacam set masalah. Yang aku pun sama....

Lagu sesuai hari ni ialah:

Translation
Song Title: Our love From F.I.R (wo men de ai)
In memory the childhood has been recalled. The clouds float in the blue sky. You from that time told me that you want to hold hands with me and walk together until the end of the time.
After that I’m afraid of lifting the head and look up. As if I’ll see the sky lost its color. From that day I forgot how to breathe. The tears. Ah! Forever not; not cry again.
Our love will not come back after it’s gone. Up until now, I’m still waiting silently. I understand that our love has become your burden. It’s just that I can never let this love go. The last warmth you gave me.
I no longer want to ask you if you love me. I just want the free sky now. Escape from this tied up world and never be lonely.

Tapi lagu ni sesuai untuk my friend yang bercerai tu. For my friend yang kehilangan ayah, Al Fatihah buatnya. Semoga roh ayahnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang disayangi Allah.

Wednesday, April 11, 2007

Wajah Seribu Erti - Alfa

Tak tau nak gambarkan macam mana. Gembira betul bila dapat lagu wajah seribu erti nyanyian Alfa. Terima Kasih bebanyak kat belukang.blogspot. Asalnya nak carik lagu amelina dan sheeda (secangkir madu merah). Tapi terjumpa pulak banyak lagu best yang lama-lama kt blog tu. Ish...mana la diorang dapat. Biar pun kualiti dia teruk, tapi tu pun dah cukup. Ingat lagi, lagu ni masa sekolah dulu. Darjah 6 kot. Tapi masa dulu nak dapat dengar kat radio bukan main susah. So bila dpt dengar hujung2 pun jadi la. Lagu sekarang susah nak dapat yang sedap.
So, aku pun nak tulis lirik dia, sekadar yang aku ingat and dengar dari lagu tu:

Ketiduran di dalam sepi
Seraut wajah beribu erti
tak daya diriku berdiri
Menghalang dikau kembali

Cinta harum semerbak mewangi
Terkulai membeku kini
Kepasrahan di dalam hiba
Kelemasan di dalam lara

Kenangan melalaikan diri
Bagai bermimpi
Menafikan dikau pergi
Pemergian abadi
Oh sayang dikau tetap di hati
Biarpun tiada di sisi
Semusim cinta bersama
Kuiringi doa

Kedinginan jari-jemari
Tersusun membeku kini
Tersirat di dalam hati
Mengharap rahmat Ilahi
Lena sayang dikau beradu
Diiringi doa dan restu
Hari esok kian kelabu
Menjemput diriku

Tiada rindu tiada asmara
Hanya kenangan menggoda
Menghias hati duka
Penawar sengsara

Satu hari ni dok nyanyi lagu ni je. Entah berapa kali my pc dok pusing lagu ni. Kejap2 rasa macam sayu je nyanyi lagu. Teringat satu lagi lagu yang aku gilakan gak. Cinta dan air mata dari CRK. Sampai sekarang aku tak tau CRK tu stand for apa. Maklumlah..masa tu baru darjah 5 ke 6. Masa tu my parents mana benarkan kitorang dengar or tengok Tv selalu. Most of my time selalunya kena belajar. Tapi tak baik merungut. Sebabkan diorang strictla aku rasa aku hampir berjaya mencapai banyak impian hidup aku. Ewaah..

Harap-harap lirik aku ni betul. Kalau tak betul maknanya aku dok nyanyi salah la. Cuma aku dok berapa kali dengar macam tak kena pulak lirik yang baris keempat "menghalang dikau kembali" rasa lebih sesuai "menghalang dikau pergi". Tapi berapa kali aku cek lagu tu memang dia sebut "menghalang dikau kembali". Macam pelik pulak bunyinya.

Aku pun dah lupa siapa la si Alfa tu. Tak boleh nak bayangkan langsung muka dia. Macam mana pun...memang lagu-lagu zaman aku sekolah dulu best sangat. Sampaikan adik bongsu aku yang tingkatan 4 tu pun dok tanya aku lagu apa lagi yang best dulu-dulu.

Entahlah...terkenangkan zaman lagu-lagu rock dulu yang meriah giler. Banyak sangat group dan tiap-tiap group mesti ada lagu killer. Skang ni susah nak carik group yang ada lagu best.

Definisi lagu best pada aku ialah:
"bila kita terdengar lagu tu pertama kali, tak kira lah masa start, tengah2 atau dah nak habis, kita rasa lagu tu macam melekat kat hati dan tak puas nak dengar. Perasaan macam tak tenteram selagi tak tau tu lagu apa dan siapa nyanyi. Dan bila dah dpt dengar lagu tu macam tak puas selagi tak dengar dan analisis lagu tu....." [ms J]

Thursday, February 15, 2007

Sara called..



tadi tetiba sara call. Wah sara dah pandai tanya "ti..at pe.." (auntie, buat apa). Hari ni sara tak pergi sekolah sebab sekolah dia ada lawatan. So takda sapa nak jaga dia. Lagipun Sara kan lebih suka duduk kat sekolah maktok dgn tok ayah.

Lupa nak tulis. 5 February 2007 hari tu aku dengan sara dengan kakak pergi naik eye on malaysia. Memula naik tu Sara macam nak nangis sebab terkejut. Aku pun macam nak putus jantung.
Aku memang tak suka langsung benda-benda macam tu. Tapi sebab aku yang bawak budak dua orang tu, so terpaksala aku buat-buat berani. Konon-konon pujuk Sara yang benda tu tak da apa-apa. Tapi sebenarnya aku dok pujuk diri sendiri. Yang si kakak bukan main seronok. Biasala kakak...tak pernah ada benda yang dia takut pun. Ni gambar sara dalam eye on malaysia. Oleh kerana aku pun sedang ketakutan so tak berani nak gerak banyak2 dalam tu. Tu yang ambik gambar tah hapa-hapa tah.


Tak sangka pulak benda tu pusing sampai lima kali. Ingatkan 1-2 kali dah la. Rasa macam nak jerit je..sudahla..taknak dah. Tak kisah la dah bayar tiket sampai RM15. Serius..aku memang takut. Paling geram, boleh pulak masa dah nak turun, kitorang kena tururn lambat dan benda tu berhenti betul-betul kat atas. Masa tu, most of the time aku dok pejam mata and peluk Sara. Kesian kakak sebab dia rasa best. Bila dah turun..waahh..lega


Kakak, next time auntie bawa kakak lagi, tapi kita bawa orang lain sama. Sebab auntie tak nak naik lagi...
Comel kan budak dua orang ni.
Kakak tu biar pun nakal sikit dari Sara tapi dia paling baik dan rajin. Sara pulak dia nakal diam-diam. Kata Nina "NOTI".
Kakak: The Adorable Glimpse Witch
Sara: The Charming Lynx Princess
Auntie: Night Elf (TheGuardian Angel)

Monday, February 12, 2007

Merenung hari-hari mendatang.......

Aku berharap sangat agar setiap hari aku akan ada perkara yang baik berlaku. Kalau bukan untuk ku pun tak apa..mungkin berita baik dari mana-mana ahli keluarga ku. Kalau dari suratkhabar pun tak apa lah.... sekurang-kurangnya aku tau ada orang yang sedang bahagia....

Kadang-kadang aku pelik dengan keadaan sekeliling. Ada orang yang berusaha keras tetapi masih berada di tempat yang sama. Tetapi ada pula orang yang sangat bernasib baik.... dengan mudah mendapat apa sahaja yang diingini. Namun, bagi diriku..orang sebegini tidak merasa nikmat dunia sebenar. Tidak merasa apa erti kesusahan dan penat-lelah sebelum berjaya. Orang sebegini sekiranya kekal berjaya pun tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Sebab bukan atas usaha sendiri.

..........dan aku sememangnya bukanlah orang yang bernasib baik. Not a lucky person. Jangan haraplah aku akan menang apa-apa lucky draw. Pernah terjadi, aku join hari keluarga. Sepatutnya semua yang hadir mesti dapat hadiah. Cabutan nombor hanya dilakukan untuk menentukan hadiah apa yang dimenangi. Seperti biasa, hadiah untuk nombor-nombor awal semuanya mahal2 dan besar2. Dalam ramai-ramai orang tu, aku boleh jadi orang kedua terakhir yang dipanggil. Sudah tentulah hadiah yang aku dapat tu kecil sangat....
Sekurang-kurangnya dapat jugak kan.

Melepaskan hari-hari yang hilang.....

Hari ni rasa macam sedih balik. Semenjak masuk 1 januari 2007 ni banyak sangat masalah yang aku kena hadapi. Rasa macam ujian tu tak berhenti-henti. Atau aku yang jadi sensitif sangat sampai anggap semua perkara pun masalah. Entahlah... ibarat kan satu masalah selesai, dua masalah pulak yang timbul.

Aku teringin benar nak tulis semua perkara kat sini..tapi banyak pulak halangan. Pertama: masa. Macam tak sempat pulak nak bukak blog ni dan tulis sesuatu. Kedua: Perasaan insecurity. Bimbang Blog ni dibaca oleh orang-orang yang suka sangat buat spekulasi dan 'judgement' tak bertempat....

Entahlah..