Saturday, February 15, 2014

Antara pantai dan hati

Bila angin bertiup deras bersama malam gelap. Hati gembira. Bau pantai dan sejauh mata melihat langit. Menghilangkan galau hati. Tiada pun saat dalam hidup aku kini aku tidak bersyukur. Kesunyian yang menyenangkan. Hidup sederhana yang menenangkan. Aku tau apa erti hidup bercinta, berkeluarga dan membesarkan anak... Tapi aku tetap bersyukur. Selagi aku ingat deras angin pantai, bau laut dan pekat malam, aku akan ok.

Friday, October 11, 2013

Ella Wheeler Wilcox

Life's Scars

They say the world is round, and yet 
I often think it square, 
So many little hurts we get 
From corners here and there. 
But one great truth in life I've found, 
While journeying to the West- 
The only folks who really wound 
Are those we love the best. 

The man you thoroughly despise 
Can rouse your wrath, 'tis true; 
Annoyance in your heart will rise 
At things mere strangers do; 
But those are only passing ills; 
This rule all lives will prove; 
The rankling wound which aches and thrills 
Is dealt by hands we love. 

The choicest garb, the sweetest grace, 
Are oft to strangers shown; 
The careless mien, the frowning face, 
Are given to our own. 
We flatter those we scarcely know, 
We please the fleeting guest, 
And deal full many a thoughtless blow 
To those who love us best. 

Love does not grow on every tree, 
Nor true hearts yearly bloom. 
Alas for those who only see 
This cut across a tomb! 
But, soon or late, the fact grows plain 
To all through sorrow's test: 
The only folks who give us pain 
Are those we love the best.

Friday, August 09, 2013

Berpantang tidak berjaya..tetapi..

Projek berpantang tidak berjaya sebab sakit. Semua sakit ini datang serentak:
-ulcer usus
-pharyngitis
-muscles inflammation pada lutut kanan
-kurang iron dalam darah

Akibatnya:
-masuk bulan puasa terpaksa makan banyak masa sahur sebab tidak tahan rasa sakit.
-batuk sentiasa, setiap hari mesti muntah sebab batuk kuat sangat
-susah bergerak. Sakit sungguh kalau nak bangun bila duduk lebih rendah dari lutut. 
-pening, pening, pening.. Lepas tu demam, demam, demam...

Maka berat badan tidak berjaya turun langsung. Hampir nak nangis bila nak zip kain baju kurung raya pagi tadi tak boleh!

Mmm...

Dalam masa yang sama... Kehilangan kedua-dua orang paling penting dalam hidupku. 

Tetapi.... 😊😊😊

Sebulan Ramadhan telah berjaya diharungi dengan banyak kelebihan. Banyak perkara baik terjadi. Hanya Allah yang tahu apa, sebab itu rahsia aku dengan-Nya.

Monday, June 24, 2013

Syair hati rawan

Nur Jauhari Jelita

Terlipuk mentari menepis bulan,
Menawan malam sekeras intan,
Kerana lebur hati yang rawan,
Gulana di jiwa harus di telan..

Sunday, June 09, 2013

Berpantang 44 hari

Sejak keluar wad sbb demam bulan mac 2013, selera makan melampau-lampau. Skrg bulan jun, berat tambah lagi 10kg. Ok. Mula esok 1 syaaban aku akan cuba mengawal makan dan usaha untuk turun berat badan.

Target: berat badan 2 angka je.
Jangkamasa: Intensif bermula 1 Syaaban hingga 29/30 Ramadhan
Konsisten sederhana sepanjang hayat

Cara:
A. Doa
Yakin dengan Allah
Tujuan: Supaya dapat menambahkan ibadah, supaya dapat memberi manfaat kepada agama bila badan lebih sihat dan aktif)

1. Solat dengan sempurna
2. Ganti mana-mana solat yang culas
3. Solat tambahan (sunat) sekadar mampu
4. Baca Quran lebih banyak untuk kurangkan masa dengan internet. Sebab banyak sangat gambar makanan sedap. Jadi kena elakkan terliur!


B. Usaha
Yakin kemampuan diri.
Tujuan: Supaya dapat mencapai cita-cita yang masih tertangguh kerana badan sentiasa lemah dan tidak bertenaga. Cita-cita nanti tulis dalam pos lain.

1. Jangan lupa sarapan
2. Jangan lupa minum banyak air
3. Mesti tidur sebelum jam 11 dan bangun sebelum jam 7 pagi (sebelum ni selalu tidur jam 1-2 pg bangun lepas jam 7... Sungguh pemalas!)
4. Banyakkan pergerakan sebab aku sangat malas dan tiada masa untuk bersenam
5. Mula makan secara teratur
6. Konsisten pengambilan suplemen yang memang ternyata berkesan (jika berjaya, nanti tulis senarai diet dan suplemen dalam usaha ini)
7. Berpantang 44 hari seperti orang lepas bersalin. Sebab berpantang tradisional sebenarnya sangat membantu menjaga badan (esok akan tanya mak macam mana pantang, sebab tak pernah bersalin pun 😊)

Good luck to me!

Tuesday, April 16, 2013

Mutiara lirik

Berulang kenyataan kuberi
Tapi kau masih tidak mengerti
Perasaanku ini
Adakah kau memahami

Rangkap indah telah kuutuskan
Tercalar di setiap andaian
Sepi mengajar kita
Memahami bahasa cinta

Dalam bersahaja
Kau selitkan madah
Yang terindah
Dalam terpesona
seraut wajahmu

Keunggulan dan kesucianmu
bagai mutiara
Dan terus memancar
Di hatiku

Puisi cinta yang kian lama
Memancar indah serta bercahaya
Telah kucuba tapi tak berdaya
Hendak kulupa teringat semula
Seraut wajah

Wednesday, March 27, 2013

Kenapa aku perlu pergi belajar di luar negara.

A. Aku perlu berinya peluang melupakan aku.
B. Aku perlu berinya peluang untuk mengenali dan berkahwin dengan orang lain
C. Aku perlu beri diriku peluang untuk berdikari dan hanya bergantung pada Allah semata-mata
D. Aku perlu mewujudkan perasaan rindu di hati keluarga ku kepada ku
E. Aku perlu memberi diri ku peluang mencari kebahagiaan dengan cara lain
F. Aku perlu memberi keyakinan dan kekuatan kepada diriku
G. Aku perlu melawan semua sakit dan penyakit yang amat melemahkan ku
H. Aku perlu belajar menjadi keras hati
I. Aku tidak mahu melukakan hati semua orang yang kusayang, orang yang disayang oleh orang yang kusayang dan diri sendiri
J. Aku perlu menjadi Julia yang dulu