Wednesday, February 27, 2013

Zara Lynx Orchid

Diperkenalkan buah hati terbaru,

Nama: Zara Lynx Orchid
Nama panggilan: Zara / Baby Zara
Breed: American Shorthair (First Generation)
Warna: Yellow Tabby
Tarikh Lahir: 26 October 2012
Berat pada 26 Februari 2012: 1.08 kg
Harga: RM 1100
Aksesori: RM 500
Beli pada 25 Februari 2013, Jam 10:20 malam.

Mmmm... Bila datang kegilaan, sanggup berhabis duit. Tapi Zara memang sepadan dengan harganya. Sangat manja, dengar cakap, tidak banyak buat bising.

Tengok gambar dulu, comel sangat. Lepas ni nak tulis semua kisah Zara. Takut lupa.


 

Selepas balik dari Padang, Indonesia, hari Ahad badan sangat lenguh-lenguh. Pergila berurut 1 jam setengah di Cintasari Tradispa, tempat kegemaran. Rezeki, dapat diurut Ira, yang memang mahir sebab ada pelanggan dia yang tak dapat datang.

Kemudian berjalan-jalan ke Wangsa Walk, makan di TGI Fridays dan terus ke area Danau Kota nak carik DVD. Ternampak la kedai aquarium yang masih buka (dah pukul 9 malam), teringat aquarium kat rumah yang kosong. Singgah nak beli ikan, tapi dari jauh nampak kandang kucing. Hati teringat Willow Grey; anak kucing yang main-main di kaki kat rumah kuantan masa aku jemur baju. Lepas tu anak kucing tu terus hilang tak tau mana dah. Sedih sangat. Tak tau napa asek rindu dan teringat anak kucing tu.

Bila masuk jer kedai tu, terus tengok kucing-kucing kat situ, paling atas ada 2 ekor kucing warna putih bulu tebal yang terus datang dekat. Harga yang putih tu RM 380. Tapi hati tertarik nak tengok kucing ditingkat bawah warna kelabu berbelang-belang hitam. Bila aku tunduk nak tengok, kucing tu terus datang dekat. Aduhai, manjanya. Aku tengok jer sbb tak berani pegang, takut allergik. Kerling harga, mak aii... RM 1250.

Bincang-bincang dengan By, By pun dah berkenan. Tapi kitorang masih bersabar. Masuk tengok ikan dulu. pilih 9 ekor ikan putih, tak tau jenis apa sbb aku terus tengok anak kucing tadi. Tenung je dia. Tauke kedai datang bagitau, kucing tu boleh kurang harga RM 1100 kalau tunai, jenis bulu pendek sebab tu mahal, bulu tak lekat kat perabot/baju. Alamak, sangat sesuai dengan aku yang banyak allergik ni.

Aku dengan By nak balik, duduk dalam kereta, bincang lagi, mmm... sangat nak kucing tu. Kemudian kami buat keputusan nak share duit and beli. Aku cadangkan nama Adam. Masuk kedai balik, confirm harga, pilih cage , tauke tu bagi pegang kucing tu, bila nak bayar, tanya jantina, alamak betina la pulak. Tag tulis jantan Aku memang lebih suka kucing jantan. Jadi, cancel.

Balik....

Mmm.. Duduk dalam kereta kejap, pekerja kedai datang minta nombor telefon, kalau ada jantan diorang akan call.

Bincang lagi dengan By, sbb kucing tu walaupun betina tapi sangat best. Aku google, ada orang tulis, kalau nak beli kucing beli kerana personaliti kucing bukan warna. By tanya ada nama perempuan yang aku suka tak? Aku jawab Lynx, By cakap Zara. So kami patah balik ke kedai tu. 

Mmmm...Kedai tutup dah.. tak sempat.

Sepanjang perjalanan macam nak nangis teringat anak kucing tu... By singgah petronas nak masuk duit kat mak dia, aku termenung jer dalam keta. Bila By datang dia senyum2.. Dia cakap jom, orang kedai tu miscall, so By try jer call balik nombor yang tak dikenali tu. Memang pekerja kedai!! Dia call tauke dia, dorang kata datang la, dorang bukak kedai balik, tunggu.

Gembiranya!

Terus pergi kedai tu balik, amik Zara, cium dia, Zara sembab kepala kat dada aku. 

...and the rest is history... :))
 

Dengan Zara sebelum balik kuantan pagi tadi. Zara dah pandai nakal nak jelajah satu rumah.


Day 18

Tulis pada hari ke 18

Hari ke 13
Bercuti ke Padang, Indonesia
Berjaya tidak membeli apa-apa untuknya. Walaupun dia ada sentiasa.


Hari ke 16
Pergi ke kedai Aquarium untuk beli ikan. Tapi hati sangat-sangat tertarik dengan anak kucing. Sekarang dah ada tanggungjawab. Sangat ingin membela anak kucing sampai 20 tahun (jangkahayat kucing ni).
Hati makin kukuh dan menjauh.


Hari ke 18
Perjalanan kembali ke Kuantan. Seperti biasa, airmata akan sentiasa mengalir. Tapi hati tetap tegas dan keras. Sedikit demi sedikit dia akan hilang dialir pergi.

Monday, February 11, 2013

Day 2

Bangun pagi dalam keadaan sangat tak sihat. Tertidur depan tv. Lalu bangun dan mula potong tudung. Sambil pasang Grammy Awards.

There, Adele.

Perlu kah aku diingatkan dengan semua yang aku ingin lupakan?

Sunday, February 10, 2013

Dear you.. Understand this..

You call her a bitch, someone else calls her beautiful. You call her lazy, someone else tells her to rest. You call other girls sexy, someone else is proving to her that she is. You put your hands on her in anger, someone else is cleaning those wounds. You put your friends first, someone else is putting her first. You wake up one morning and realize that you messed up, and shes waking up next to the one that never will......

Day 1

Hari ni dia mesej pukul 6:58 pagi. Mengakhiri semuanya lagi.. :p
Aku balas mesejnya dengan persoalan yang diharapkan dia akan fikir dan cari jawapan. Tapi minda sedar ku yakin dia tak peduli.
Aku nampak corak sama, tukar gambar dia dan dia. Maka aku sedar selagi Allah tak beri, sekuat apa pun doa dan usaha, aku tetap takkan dapat.
Aku tenang, dan solat subuh sempurna...

Kemudian dia bertanya minta penjelasan. Tapi aku telah ambil keputusan untuk berdiam diri.

Maka aku menjalani hidup lebih bahagia hari ni. Memanjakan diri di spa Thai. Dua jam urutan aromaterapi sangat menenangkan. Bermain bersama anak-anak adik ku.. Aku lebih gembira..

Lantas aku kembali berfikir. Mungkin aku sunyi tanpanya. Mungkin sangat ingin untuk hidup mempunyai tanggungjawab. Tapi aku sebenarnya telah dikurniakan keindahan hidup sebegini. Dia hadir sebagai bonus bukan keperluan.

Aku berhenti berusaha dan berdoa. Kerana kau belum ditakdirkan menjadi milikku. Aku lebih ingin berusaha dan berdoa semoga aku menjadi manusia tabah walau apa pun cerita hidup ku kelak.

Simpan dia di syurga..