Hari ini ada semangat yang bertiup ke hati dan meresap ke akal ku.
Setelah hujan, ribut dan beliung melanda, yang tinggal hanyalah puing-puing yang serdak dan hitam dalam dunia hidupku. Aku berusaha mencari jawapan. Aku dapat semalam dan aku yakin.
Aku mampu bina semula sebuah rumah kecil di tepi pantai seperti yang aku impikan selama ini. Teringat kata seseorang, sesiapa yang hadir dalam hidup kita bukanlah satu keperluan tetapi hanyalah satu anugerah. Mungkin aku tergolong dalam kumpulan manusia yang tidak layak terima anugerah. Tapi tidak bermakna aku perlu mengalah. Aku berusaha dengan cara ku dan aku terima kehidupan ku seperti yang telah ditulis di azali dengan hati terbuka. Aku hanya ingin bersihkan serdak hitam dan tongkat tiang seri atas nesan hidup yang tertinggal.
Tiang seri bermula dengan yakin. Ku jadualkan semua pembinaan dan tamat masa yang sesuai. Naluri kemanusiaan ku membataskan pembinaan segera. Tidak mengapa, asalkan pergerakan diteruskan..
oh.. tidak lupa juga, aku telah asingkan semua ingatan minda ku.
yang baik ku kumpul, ku kolaj dan simpan dalam peti hati dan minda. Ku kunci semoga terus kekal disitu.
Yang buruk ku bakar dan ku alirkan..
Kemudian, ku bersihkan sungai hati.. supaya abu dirimu dapat mengalir pergi.
Datang lah lagi hujan, ribut dan beliung.. aku akan bersedia menghadapinya dalam rumah kecil ku ini.
Biarpun runtuh, bocor, atau di heret ombak.. tiang seri akan utuh.. walau roboh, aku akan berusaha lagi.
Itu memang aku.. Aku tidak pernah putus asa.. sepanjang perjalanan 12,525 hari hidup ku..
Nur Jauhari Jelita
1439 18102012
I am through the storm and rain just to find out that i am all soak and wet.. I am still looking for the gold pot under the rainbow which i could not see through my bare eyes.. Well it is still raining though.. (Lady of her own dream and hope)
Thursday, October 18, 2012
Monday, October 15, 2012
Sesuatu yang tertinggal
Lepas lelah pada malam
Keluh kesah siang yang muram
Hilang keinginan kepada bulan
Hidup yang reban
Kering hati, kering jiwa, kering air mata..
Menuntut jawapan alasan nyata..
Sujud nyawa membelai rindu
Menekan nafas sesak dan syahdu
Cinta yang tertinggal di benak kejam
Cinta yang ditinggal di benak kelam..
Alpa diri menghukum keras
Menarik pergi fikiran waras
Sesal mengejar diri dengan pantas
Deras.. Dan aku lemas..
Ku bakar dan ku alir abu dirimu
Pada sungai kehidupan yang kaku
Kerna itu kau masih disitu
Mengganggu..
Apa lagi daya
Seorang pelupa
Yang hina
Yang setia...
Ku lepas lelah pada malam
Menanti jawapan yang telah padam
19:18
15102012
Nurjauhari Jelita

Friday, October 12, 2012
Ikhlas
Setiap kali mata memandang, aku menegur diri yang masih degil. Jangan dilihat sesuatu yang bukan hak. Bagaimana menuntut hak? Aku keliru. Benar keliru. Hak itu diberi? Diminta? Atau dirayu.. Atau hak itu diperolehi hanya jika menunggu? Keliru..
Lama aku menunggu..
Lama aku mencari jawapan..
Sungguh aku tidak tahu.
Tapi hati ini amat ikhlas melepaskannya. Di mata ini kulihatb kebahagiaan itu adalah bersifat peribadi dan aneh. Aneh kerana aku melepaskanmu dan merasa bahagia melihat senyuman mu disamping dia yang mungkin telah mendapat hak bersama mu..
Sungguh ikhlas hati ini..

Wednesday, October 10, 2012
Altar cinta setelah hilang naluri
diri ini amat selesa dan bahagia apabila menggunakan bahasa Melayu.. terutama jika menggunakan lenggok bahasa tepat dan puitis.. diri ini bukan pemuitis tetapi amat mengkagumi kelembutan bahasa Melayu yang tenang dalam sinis, tepat menikam dan tegas senada..
Ku ketepikan kesemua kerja yang telah menanti berbulan-bulan lamanya di meja kerja, di dalam beg dan di rak bilik ruang rezeki harian ku ini semata-mata untuk meluahkan rasa terpendam..
Pendam yang amat dalam.. tidak panas, tiada amarah, cuma kesedihan dan keinsafan yang pejal di dalam hati.. kerana itu ingin ku gali, ku keluarkan dan gilap permata sedih dan insaf yang terpendam. Supaya menjadi cahaya kegembiraan dan permata lonjakan kehidupan baru. Kehidupan baru? tiada apa yang baru.. cuma meningkatkan keyakinan diri untuk terus menghadapi hidup fana yang sedang menghampiri tamat masa.
Berkali-kali Allah mencium lembut pipi ku.. aku masih tetap leka..
Kemudian Allah mencium keras dahiku, kepalaku.. baru ku sedar..Allah mungkin amat rindu padaku, maka Dia terus-terus mencium dan memelukku sehingga aku lemas dan nazak.. aku benar-benar lupa.. Altar cinta agung yang sentiasa ada bersama ku ini.. sehingga tiga minggu aku terlantar sakit lahiriah dan batiniah..
Betapa aku mendahului banyak perkara lebih dari-Nya..
Tapi kenapa aku masih lemah hari ni? Hati ku cukup mati untuk menerima kasih sayang selain-Nya.. tapi mungkin asal kejadian diriku yang Dia ciptakan sempurna, tidak membenarkan aku menjadi keras dan kejam..Maka aku terus-terusan lembut dan kasihan..Aku merindui menabur kasih sayang dan cinta kepada mereka..sehingga aku terlupa sedikit kasih sayang dan cinta untuk diri sendiri.. Itu silap ku..Itu kesilapan terbesar di dalam hidup ku..dan kerana itu sifatku, aku akan tetap terus melakukan kesilapan ini sehingga saat terakhir aku di dunia ini.. Moga Allah melihat kesilapan ku ini sebagai satu kelebihan untuk menjadi hamba terbaik untukNya..
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi
Saat pedang takdir menghunus
Hanya Engkau sayapku
-untuk dirinmu, aku hanya memudahkan dirimu untuk membuat keputusan dalam hidupmu.. itu bukan sifat ku sebenar yang kamu lihat aku malam itu..sememangnya kamu tidak kenal aku..aku terlalu sayangkanmu sebab itu aku tidak mahu kamu susah...
-langgar tunggul..bumper kereta pecah
-untuk mereka yang amat aku sayang.. aku terlalu kecewa malam tu.. aku cuma tidak tahu tindakan apa harus aku lakukan.. berdiam diri adalah lebih baik.. sebab itu sahaja yang aku tahu..
-untuk separuh hatiku, sampai hati melukakan kepala ku..luka 3cm dengan 5 jahitan..
-untuk diriku, aku tidak kenal siapa dirimu lagi.. kau tiada keyakinan dan putus asa dengan kehidupan..
Jadi, sayangku ingatlah.. setelah naluri mu hilang.. altar cinta sedang menanti..

Subscribe to:
Posts (Atom)