Thursday, February 15, 2007

Sara called..



tadi tetiba sara call. Wah sara dah pandai tanya "ti..at pe.." (auntie, buat apa). Hari ni sara tak pergi sekolah sebab sekolah dia ada lawatan. So takda sapa nak jaga dia. Lagipun Sara kan lebih suka duduk kat sekolah maktok dgn tok ayah.

Lupa nak tulis. 5 February 2007 hari tu aku dengan sara dengan kakak pergi naik eye on malaysia. Memula naik tu Sara macam nak nangis sebab terkejut. Aku pun macam nak putus jantung.
Aku memang tak suka langsung benda-benda macam tu. Tapi sebab aku yang bawak budak dua orang tu, so terpaksala aku buat-buat berani. Konon-konon pujuk Sara yang benda tu tak da apa-apa. Tapi sebenarnya aku dok pujuk diri sendiri. Yang si kakak bukan main seronok. Biasala kakak...tak pernah ada benda yang dia takut pun. Ni gambar sara dalam eye on malaysia. Oleh kerana aku pun sedang ketakutan so tak berani nak gerak banyak2 dalam tu. Tu yang ambik gambar tah hapa-hapa tah.


Tak sangka pulak benda tu pusing sampai lima kali. Ingatkan 1-2 kali dah la. Rasa macam nak jerit je..sudahla..taknak dah. Tak kisah la dah bayar tiket sampai RM15. Serius..aku memang takut. Paling geram, boleh pulak masa dah nak turun, kitorang kena tururn lambat dan benda tu berhenti betul-betul kat atas. Masa tu, most of the time aku dok pejam mata and peluk Sara. Kesian kakak sebab dia rasa best. Bila dah turun..waahh..lega


Kakak, next time auntie bawa kakak lagi, tapi kita bawa orang lain sama. Sebab auntie tak nak naik lagi...
Comel kan budak dua orang ni.
Kakak tu biar pun nakal sikit dari Sara tapi dia paling baik dan rajin. Sara pulak dia nakal diam-diam. Kata Nina "NOTI".
Kakak: The Adorable Glimpse Witch
Sara: The Charming Lynx Princess
Auntie: Night Elf (TheGuardian Angel)

Monday, February 12, 2007

Merenung hari-hari mendatang.......

Aku berharap sangat agar setiap hari aku akan ada perkara yang baik berlaku. Kalau bukan untuk ku pun tak apa..mungkin berita baik dari mana-mana ahli keluarga ku. Kalau dari suratkhabar pun tak apa lah.... sekurang-kurangnya aku tau ada orang yang sedang bahagia....

Kadang-kadang aku pelik dengan keadaan sekeliling. Ada orang yang berusaha keras tetapi masih berada di tempat yang sama. Tetapi ada pula orang yang sangat bernasib baik.... dengan mudah mendapat apa sahaja yang diingini. Namun, bagi diriku..orang sebegini tidak merasa nikmat dunia sebenar. Tidak merasa apa erti kesusahan dan penat-lelah sebelum berjaya. Orang sebegini sekiranya kekal berjaya pun tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Sebab bukan atas usaha sendiri.

..........dan aku sememangnya bukanlah orang yang bernasib baik. Not a lucky person. Jangan haraplah aku akan menang apa-apa lucky draw. Pernah terjadi, aku join hari keluarga. Sepatutnya semua yang hadir mesti dapat hadiah. Cabutan nombor hanya dilakukan untuk menentukan hadiah apa yang dimenangi. Seperti biasa, hadiah untuk nombor-nombor awal semuanya mahal2 dan besar2. Dalam ramai-ramai orang tu, aku boleh jadi orang kedua terakhir yang dipanggil. Sudah tentulah hadiah yang aku dapat tu kecil sangat....
Sekurang-kurangnya dapat jugak kan.

Melepaskan hari-hari yang hilang.....

Hari ni rasa macam sedih balik. Semenjak masuk 1 januari 2007 ni banyak sangat masalah yang aku kena hadapi. Rasa macam ujian tu tak berhenti-henti. Atau aku yang jadi sensitif sangat sampai anggap semua perkara pun masalah. Entahlah... ibarat kan satu masalah selesai, dua masalah pulak yang timbul.

Aku teringin benar nak tulis semua perkara kat sini..tapi banyak pulak halangan. Pertama: masa. Macam tak sempat pulak nak bukak blog ni dan tulis sesuatu. Kedua: Perasaan insecurity. Bimbang Blog ni dibaca oleh orang-orang yang suka sangat buat spekulasi dan 'judgement' tak bertempat....

Entahlah..