Sejak keluar wad sbb demam bulan mac 2013, selera makan melampau-lampau. Skrg bulan jun, berat tambah lagi 10kg. Ok. Mula esok 1 syaaban aku akan cuba mengawal makan dan usaha untuk turun berat badan.
Target: berat badan 2 angka je.
Jangkamasa: Intensif bermula 1 Syaaban hingga 29/30 Ramadhan
Konsisten sederhana sepanjang hayat
Cara:
A. Doa
Yakin dengan Allah
Tujuan: Supaya dapat menambahkan ibadah, supaya dapat memberi manfaat kepada agama bila badan lebih sihat dan aktif)
1. Solat dengan sempurna
2. Ganti mana-mana solat yang culas
3. Solat tambahan (sunat) sekadar mampu
4. Baca Quran lebih banyak untuk kurangkan masa dengan internet. Sebab banyak sangat gambar makanan sedap. Jadi kena elakkan terliur!
B. Usaha
Yakin kemampuan diri.
Tujuan: Supaya dapat mencapai cita-cita yang masih tertangguh kerana badan sentiasa lemah dan tidak bertenaga. Cita-cita nanti tulis dalam pos lain.
1. Jangan lupa sarapan
2. Jangan lupa minum banyak air
3. Mesti tidur sebelum jam 11 dan bangun sebelum jam 7 pagi (sebelum ni selalu tidur jam 1-2 pg bangun lepas jam 7... Sungguh pemalas!)
4. Banyakkan pergerakan sebab aku sangat malas dan tiada masa untuk bersenam
5. Mula makan secara teratur
6. Konsisten pengambilan suplemen yang memang ternyata berkesan (jika berjaya, nanti tulis senarai diet dan suplemen dalam usaha ini)
7. Berpantang 44 hari seperti orang lepas bersalin. Sebab berpantang tradisional sebenarnya sangat membantu menjaga badan (esok akan tanya mak macam mana pantang, sebab tak pernah bersalin pun 😊)
Good luck to me!
No comments:
Post a Comment