Wednesday, September 13, 2006


pada 6 september 2006 (kiranya malam 7 september 2006). aku bermimpi sesuatu yang best.. kata org2 tua, bila mimpi dpt ikan maknanya mimpi nak dpt rezeki yang byk....


Citernye begini.....

Alkisah, aku yang tengah penat sgt sbb drive dari KL ke kuantan hari rabu tu tertidur dgn nyenyaknya malam tu. rasanya setelah aku tidur agak lama barula mimpi tu bermula. Aku mimpi aku pegi memancing kat sungai pahang kat kuantan. Aku guna tali tangsi halus dengan umpan cacing, kalau tak silap la. takda kayu pancing pun. mula2 tu rasa macam slippery gak, tapi aku start pancing. first bila aku terasa macam ikan dah sambar umpan, aku relax dulu... aku main-main kan tali pancing hinggala ikan tu lemah. sebab aku dah tau, if aku sentap mesti tali akan putus. so bila aku tarik, dapatla ikan tenggiri besar. gembira tuhan sahaja yang tau. pastu akau pancing lagi guna teknik yang sama. dapat lagi ikan. ada yang dapat kepala ikan sahaja. tapi aku guna satu umpan sahaja. bila dapat kepala ikan sahaja, aku sedih, tapi aku ingat mak aku kata masa dalam mimpi tu, kepala ikan pun takpa... boleh dimakan lagi. abang pun dapat macam aku..kata mak aku dalam mimpi. Aku ingat lagi, mula-mula aku dapat ikan sungai, tapi mak aku kata tu ikan laut sebab aku pancing kat muara sungai. sebab aku nak bagi ayah aku makan sama, dia tak suka ikan sungai.

bila aku pikir2 balik, bila masa aku pernah pegi memancing. aku punya skill dalam mimpi macam orang yang dah terror jek...

Tapi bila aku try tafsir mimpi tu ikut kepala otak aku...begini pendapat aku.

Maknanya akan datang rezeki yang baik yang menggembirakan ibu dan bapa aku kelak. Tetapi untuk mendapatkan rezeki itu, aku mesti guna teknik/cara yang betul dan mesti tak boleh putus asa. Aku juga mesti belajar berpuas hati dengan apa sahaja rezeki yang Allah kurniakan...InsyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

mesti berusaha!