Hari ni dia mesej pukul 6:58 pagi. Mengakhiri semuanya lagi.. :p
Aku balas mesejnya dengan persoalan yang diharapkan dia akan fikir dan cari jawapan. Tapi minda sedar ku yakin dia tak peduli.
Aku nampak corak sama, tukar gambar dia dan dia. Maka aku sedar selagi Allah tak beri, sekuat apa pun doa dan usaha, aku tetap takkan dapat.
Aku tenang, dan solat subuh sempurna...
Kemudian dia bertanya minta penjelasan. Tapi aku telah ambil keputusan untuk berdiam diri.
Maka aku menjalani hidup lebih bahagia hari ni. Memanjakan diri di spa Thai. Dua jam urutan aromaterapi sangat menenangkan. Bermain bersama anak-anak adik ku.. Aku lebih gembira..
Lantas aku kembali berfikir. Mungkin aku sunyi tanpanya. Mungkin sangat ingin untuk hidup mempunyai tanggungjawab. Tapi aku sebenarnya telah dikurniakan keindahan hidup sebegini. Dia hadir sebagai bonus bukan keperluan.
Aku berhenti berusaha dan berdoa. Kerana kau belum ditakdirkan menjadi milikku. Aku lebih ingin berusaha dan berdoa semoga aku menjadi manusia tabah walau apa pun cerita hidup ku kelak.
Simpan dia di syurga..
No comments:
Post a Comment